Program

Di dalam memberi pendidikan kepada anak-anak dibawah jagaannya, PEKA YATIM berusaha memberikan pendidikan yang terbaik untuk diri mereka sebagai saham untuk keluarga yang telah tiada. PEKA YATIM telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberikan persediaan dan bimbingan kepada anak-anak dibawah jagaannya.

Antara program yang dilaksanakan ialah Kelas Celik Al-Quran, Kelas Tahfiz Al- Quran, Kelas Qiraatus Sab‘aah, Kelas Fardhu Ain disamping kelas komputer, kem ibadah, kem motivasi, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini amat penting bagi membina sahsiah dan peribadi mulia sebagai pelajar dan insan yang berguna.

Sehingga hari ini PEKA YATIM telah berjaya melahirkan generasi pelajar seramai 20 orang yang bergelar  “Al-Hafiz” dan mereka telah dihantar ke serata tempat untuk mengimami solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Kini ada diantara mereka yang meneruskan keseinambungan ini dengan berkhidmat sebagai guru di madrasah-madrasah dan masjid serta menjadi imam bertauliah dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam.

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan, antaranya: