Sejarah PEKAYATIM

Siapa kami?

Pada tahun 1973, perbadanan pembangunan perumahan Taman Desa Rahmat telah memulakan kelas al-Quran di masjid-masjid sekitar kawasan perumahannya. Masjid al Khairiah merupakan  sebahagian daripada sumbangan kepada masyarakat setempat disana. Kelas al-Quran ini kemudiannya berkembang kepada sebuah sekolah Tahfiz al-Quran hasil bantuan daripada Ustaz Hilmy al-Hafiz pada tahun 1994. Pelajar yang bendaftar disini kebanyakannya merangkumi daripada kanak-kanak yatim lelaki dari seluruh Kelantan.

Pada 10 Julai 1996, pusat tahfiz al-quran ini secara rasminya menjadi PEKAYATIM, yang mana merupakan sebahagian daripada PEYATIM- Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia(Malaysian’s Orphans Welfare Organisation(1193/96 Kel)). PEKAYATIM kini menjadi sebuah rumah anak yatim yang sempurna untuk kanak-kanak lelaki, yang mana menyediakan pendidikan dalam bentuk Tahfiz al-Quran, penjagaan anak-anak yatim, dan membantu mempersiapkan mereka untuk masa depan dengan membantu mereka mendapatkan tempat yang selamat dalam kursus Islam di institusi-institusi tinggi tempatan.

Namun, buat masa ini pusat Tahfiz ini hanya dapat menampung sehingga 30 orang anak yatim sahaja, kerana kekurangan sumber dan  kewangan kerana ia bergantung kepada pembiayaan awam. Hal ini demikian membuatkan mereka tidak dapat menerima anak yatim perempuan ke PEKAYATIM. Pemilihan dan penapisan yang ketat dijalankan untuk memastikan anak-anak yatim yang diterima mengambil serius dalam mempelajari Tahfiz al-Quran dan menjadikannya sebagai satu aliran pilihan mereka di Universiti.

PEKAYATIM hanya mengambil anak-anak yatim yang berusia daripada 10 hingga 22 tahun sahaja, dan mereka ini akan mengambil masa dalam beberapa tahun dalam mempelajari al-Quran dan akan bersedia untuk mengambil peperiksaan yang akan membolehkan mereka melanjutkan pembelajaran mereka ke pringkat yang lebih tinggi.