Oleh kerana anak-anak di asrama ini mengikuti jurusan menghafaz Al-Quran maka mereka diasuh dengan pelbagai amalan untuk memudahkan lagi hafazan. Amalan-amalan yang ditekankan adalah seperti solat Tahajud, solat Isyraq, solat Dhuha, solat-solat sunat Qabliah dan Ba‘diah, berzikir dan sebagainya.