Anak yang telah tamat bacaan Al-Quran dan menguasai tajwid serta makhraj huruf dengan baik akan diserapkan kedalam kelas tahfiz Al-Quran. Kelas ini berjalan selama lapan jam sehari dan enam hari seminggu. Kebiasaannya mereka mengambil masa empat hingga lima tahun untuk menyempurnakan keseluruhan hafalan.