Objektif Pertubuhan
Antara objektif penubuhan PEKA YATIM adalah :
- Memberikan bantuan, pendidikan serta khidmat masyarakat dari masa ke semasa kepada anak-anak yatim dan orang kurang bernasib baik.
- Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan kerohanian.
- Membimbing dan membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak.
- Memberikan perlindungan dengan mengumpul dan memelihara anak-anak yatim dan miskin disamping menjaga kebajikan mereka.
Matlamat pertubuhan
Antara matlamat penubuhan PEKA YATIM seperti yang tercatit di dalam Fasa 3 Perlembagaan adalah:
- Untuk memberi bantuan pendidikan bagi menambah ilmu pengetahuan, memberi khidmat masyarakat dan kemudahan – kemudahan serta pertolongan-pertolongan yang difikirkan patut dari semasa ke semasa kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang bernasib baik, seluruh negeri Kelantan.
- Untuk menjalankan kewajipannya menurut Fasa 3.1 maka berkuasalah Pertubuhan ini, membuat atau menjalankan semua perbuatan dana atau perkara yang difikirkan mustahak untuk menjalankan atau melaksanakan tugas atau kewajipan. Pertubuhan ini selagi tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.
- Meningkat kegiatan – kegiatan menambah ilmu seperti kursus-kursus, seminar, bengkel dan lawatan kepada anak-anak yatim, pelajar-pelajar dan masyarakat umum. Boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.